::HIWAR::

::LINKERZ::
Bloggerz
::NASYID FM::
Vote Me
Azharian's Topsite
::BEST VIEWED WITH::

Lembaran Muqaddimah
Monday, 16 June 2008
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

Lembaran elektronik ini sebenarnya dah lama dibuat. Cuma pemiliknya yang belum memiliki semangat yang kuat untuk menulis... Doakanlah ana memiliki kekuatan untuk menulis guna menjadikan penulisan sebagai salah satu jaluran mata pedang untuk meneruskan kerja penyampaian dakwah kepada umum. Secara muhasabahnya, kita mungkin tak mampu menjadi segagah Hamas untuk bertempur di medan berdarah Palestin, atau sekemas pasukan taliban ketika menyisip gagah senjata di birai pinggang menghadapi musuh yang mencuit maruah Islam di bumi Allah ini, tapi itu bukan membenarkan sikap malas kita untuk sekadar memandang dari hujung mata sikap tegar mereka meneruskan perjuangan, sedang kita masih lena diulit mimpi dan khayal palsu yang seakan-akan ia akan menjadi tiket untuk mengejar Firdaus Allah. Nah! Penulisan mungkin boleh dijadikan satu peluang yang mampu diraih oleh majoriti sebagai alternatif jihad senjata. Jihad pena itu telah disaksikan sejarah dalam mengubah nasib iman manusia sedari permulaan kegemilangan Islam hingga kini. Cuma, bertitik tolakkan dari sikap kita sama ada mahu atau pun tidak.....

Wassalam.
posted by Azman Syah @ 10:08  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
::OWNER::

Name: Azman Syah
Home:
About Me:
See my complete profile
::MY ARTICLES::
::ARCHIVES::
::TRACKBACK::
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2008 Azman Syah Menulis Template by .::Fizi Online::.